Friday 5 October 2012

Everyday is a day

Assalammualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Doaku semoga hari ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya..
Pintaku agar kesabaran tidak akan pernah lekang dari diriku..
Kerana aku hanya ingin menjadi seorang muslimah yang sentiasa taat pada perintahMu,
yang menjauhi segala laranganMu,
yang sentiasa redha dengan ketentuanMu..

Saban hari dan saban waktu aku berdoa, 
aku tangisi segala apa yang aku lalui setiap hari,
bukan kerana hilangnya sebuah kekuatan yang aku bina,
bukan juga kerana putusnya harapanku utk meneruskan hidup,
tetapi kerana menyesali segala perbuatanku di atas muka bumiMu ini Ya Allah..

Aku manusia biasa yang sering kali melakukan kesilapan..
yang sering kali lalai dan alpa dgn urusan duniawi..
KAU Maha Agung, Maha Kaya, Maha Besar,
Aku bersujud padaMu,
Kurniakan aku seorang insan yang sentiasa sabar membimbingku ke jalanMu,
yang sentiasa mengingatkan ku erti sabar, erti redha, erti semangat dan kekuatan..
Aku tidak mencari yang kaya raya, aku hanya mencari seorang yang apabila aku melihatnya, hatiku menjadi tenang.. 
Saat itu aku mengerti KAU telah menciptanya utk diriku..

Aku mahu bertaubat ke jalanMu, jalan yang KAU redhai..
Kepada 'kamu' yg menjadi pendampingku kini, dan insyaAllah hingga ke akhir hayatku,
bawalah aku ke jalan yang diredhai, agar kita sama2 semaikan rasa cinta ini dengan keagungan yang terindah dari Maha Pencipta.. InsyaAllah..  

No comments:

Post a Comment