Tuesday 21 June 2011

Diarrhoea make me PAIN!!!

Assalamualaikum..

Semalam kali kdua aku menghidapi diarrhoea atau dipanggil cirit birit.. Tak tau la ape yg aku mkn smpai gitu jadinya.. Mkn roti john kot mlm td.. Aiyokk! Naye siotttt..

Alkisahnye mlm tadi... Punya la skt perut, skt belakang, n finally mama bawa aku ke klinik 24jam.. Hampir jam 12 mlm lak tuh.. eish... x sanggup! dan x pasal2 x g kerja pun ri ni,, Berehat serehat2nya di rumah.. hehe..

X moh la bebel pnjg2, cuma nk share some info to all of u.. hehe =)

Ok, organisma yg menyebabkan cirit birit berlaku melalui makanan atau minuman yg tercemar. Dianggarkan sebanyak 4000 kes cirit birit di seluruh dunia pd thn 1996 yg menyebabkan 2.5 juta kematian. Terkejut aku baca info ni.. Bahaya gak kan cirit birit ni.

Apakah itu cirit birit?? Ia didefinasikan sebagai najis yg lembut atau berair yg lebih kerap dan banyak dari biasa. Tanda2 anda mengalami cirit birit ialah:

  • sakit dan kekejangan perut
  • loya dan muntah
  • keletihan
  • demam
Apakah yg harus dilakukan sekiranya mengalami cirit birit??
  • minum banyak air
  • elakkan makanan yg keras dan berminyak
  • elakkan produk tenusu, berlemak, serat tinggi, dan mengandungi bahan pengawet yg tinggi
  • elakkan minuman berkafein dan alcohol
Cara2 mencegah jangkitan cirit birit:
  1. Cuci tangan sebelum makan
  2. Makan makanan yg masih panas yg disediakan dan dimasak dgn betul 
  3. Elakkan memakan buah2an atau sayur2an yg belum dibasuh dan juga daging mentah
  4. Elakkan memakan ubat yg anda alah
  5. Berehat la di rumah ketika cirit birit
Kawan2, sampai ni jela info yg dpt sy kongsikan dgn kalian.. Jaga kesihatan ok! Jgn kne diarrhoea mcm saya... X larat nk lyn skit cmnih! huhu.. Salam

Sunday 19 June 2011

Kau Sahabatku..

Assalamualaikum kalian..

Ape yg korg phm ttg sahabat? Bagi aku sahabat ialah seorg teman yg akan bersama kita ketika ssh dan senang.. Yg akan sntiasa menyokong kte tanpe bermuka dua..

Aku mungkin tidak dilahirkn utk mnjadi seorang sahabat yg terbaik utk kamu, yg akan sentiasa ada utk kamu, yg mmpu menyewakan bahuku utk kamu tangisi.. tetapi aku hanya mmpu menyewakan telingaku utk mendengar stiap bait2 kate yg kluar dr mulut kamu, yg mmpu menenangkan sedikit sbnyak hati kamu, yg mmpu mmberi kamu kekuatan dr kata2 ku,,

Sahabat, aku juga pernah bercinta dan jg kecewa kerana cinta.. Aku amat sedih bila kau sahabatku terlalu lemah menghadapi dugaan Allah ini.. Bertambah sedih bila aku ktahui insan yg mlukai hati kamu adalah sahabat ku jua,, Kau sahabatku, dia juga sahabatku.. Siapa yg harus aku nasihat dan siapa yg harus aku mrh? Kamu berdua sahabatku.. Yg ada utk aku x kira ape..

Sahabat, ketahuilah yg aku sgt membenci utk mndgr tangisan kamu, tangisan yg dikeluarkan krna seorang lelaki.. Dan kepada kau lelaki, tergamak kau merahsiakn semuanya dr pengetahuan sahabatku.. tidakkah kau sedar yg kau dan dia adalah sahabatku?? Kejam sgtkah hati kau utk mengakui semua itu?? Air mata yg kau tangiskan itu sgt2 menunjukkan kelemahanmu sshabat! Ikhlas dr hatiku ini, dgr lah.. Bangkitlah sahabat!!! Tanam la sedikit keegoanmu kpd lelaki.. Tunjukkan yg kau mmpu kuat! mampu hadapi dugaan ini tanpe setitis pun air mata!! Aku tau kau bole! Tapi kau terlalu ikutkan hati! Sahabat, aku syg kau!!

Sampai hari ini pun aku masih belum mmpu meluangkan masaku utk bersama kamu, menyewakan bahuku utk kau tangisi... Tetapi aku akan sentiasa menyewakan telingaku.. Carilah aku x kira bila pun.. Asalkan kau bahagia tanpe air mata mu sahabat..

Kepada kau lelaki, hubungi la aku dan jelaskan semuanya.. Kerana aku tidak mahu membenci sahabatku sendiri sebelum aku dgr sendiri penjelasan kau..

Salam sahabat.. ~

Tuesday 14 June 2011

My New Experiences!!

Assalamualaikum teman2.. =) Bertemu lagi!!

Beberapa hari nih aku agak menyepi dr my blog nih.. Sebabnya dh start kerja.. hehe.. Nk tau kerja ape? huk3.. Jadi part time bahagian F&B at Hotel Sri Malaysia Melaka..

At first sgt la cuak nk g kerja.. rase tkt je.. Pdhal kerja yg aku pilih ni berkaitan dgn class serving aku time part 4 dulu.. Zaman2 blaja kt UiTM Terengganu dulu tuh.. hehe.. Tapi atas kate2 smgt yg x pnh sudah dr my family, n kamu, finally aku mlgkah kn kaki ke tmpt tersebut.. huhu

Seronok!!! Itulah kata2 yg terlintas di hati saat pertama bekerja di situ.. Mcm pepatah kate, x knl maka x cinta.. Tapi aku ni bila dh knl, terlebih cinta lak.. ops! haha..

Aku nk kongsi sikit sebanyak pengalaman aku bekerja kt hotel.. Saje suka2.. hehe,. Aku bkrja di dlm F&B department,, jd waitress.. Kerja aku x la senang, dan x la ssh.. Penat tu mmg ye.. Mana ada krje x pnt kn.. huhu..

Aku slma ni dgr je kwn2 aku ckp ada function kt hotel time diorg kerja.. Skrg ni aku dpt mrsai mcm mane kerja ketika ada function.. Best3!! 1st day je aku masuk, supervisor gtau mlm tuh ada function 90 packs.. Agak trkejut sbb x pnh lg alami.. Bila kerja punya kerja, aku dh fhm selok belok kerje hotel nih.. Bila ada function, aku x rase tkt, tp aku rase suka sbb mcm2 org kita akan jmpe.. n bermcm2 pengalaman jg la aku dpt belajar..

Time 1st time function tu, sumenye cina tp x pasti dr mane.. diorg baik2.. x sombong.. sbb tu sy sokong 1 Malaysia!! Wahh berkobar2.. hehe.. Kalau ada function, kita kne siap2 setting meja b4 tiba masanye.. Time diorg mkn, kita kne ada sekitar restaurant tuh, clearkn plate diorg bila dh sudah mkn, refill air diorg.. cmtuh la.. Kalau breakfast, setting table mesti ada napkin.. haaaaa ckp psl napkin br aku trigt nk cerita.. nk tau ape dia?? cecite2.. hehe

Hr nih kne setting table guna napkin.. Yg plg senang la kne wat shape 'bishop'.. mcm tengkolok tuh.. btol ke tengkolok? errr... huhu.. Tp yg plg x leh blah, aku lupa cara lipatan napkin tu! cis!! X igt lgsg cmane nk wat.. last2, kwn aku dlm tuh yg tunjukkn smula cmane nk wat..Then aku dh buleh wat dgn pantasnye.. hehe..

Ape lg nk cite? byk sgt nk cite smpai xtau nk cite yg mane,, huhu.. Tu jela wat masa nih,, Nk kne tido nih, esok kerja pagi.. Tiap2 hari kerja 10 jam.. kalau x larat sgt br krje 9 jam.. x pnh krje 8 jam.. tp papepn syiokkkkk sgtt!!! hehe.. Esok n lusa ada function dr MBMB n Petronas.. X la byk, 80 packs jew.. hehe..

Eish stop!!! Smbg lg plak aku ni... Ok la, selamat maju jaya kwn2.. Jgn lupa "Teruskan Usaha, Tingkatkn Kejayaan",.., Blupp Blupp...

Adios! Assalamualaikum.. =)

Wednesday 8 June 2011

Lelaki Ini

Assalamualaikum..

Wah3 tajuk!! Mcm tajuk lagu Anuar Zain jew! haha.. Tapi di sini sy bknnya nk ckp psl lagu Anuar Zain atau nk tulis liriknya di sini.. Tetapi sy berminat nk berkongsi pd kwn2 ttg lelaki..

Adat la tu, sy seorang pempuan, hati dan perasaan sy sudah tentu la berminat kpd lelaki kn? x kn nk minat kt pempuan jgk.. xde style la! haha..

Sy nih zaman sekolah dulu rajin sgt follow majalah Remaja.. Every month mesti setia membeli majalah ni.. tp guna duit mama la.. hehe.. Tapi skrg lama x bli n baca mjlah ni.. Bknnya sy ni kedekut ke, pemalas nk baca ke, atau sbb sy bkn remaja ke, huk3.. tapi sbb waktu yg pack smpai x sempat nk bc.. wahh gituh! mcm PM plak bz nye,, hehe..

1 hari tgh mkn2 kt kedai bersama mama, kebetulan kedai mkn tu bersebelahan dgn kedai buku.. Tetiba terbuka keinginan nk membeli majalah ni.. Sy x moh la taip pnjg2 bende yg mengarut sbb tujuan utama sy nk berkongsi mengenai 'Lelaki Ini'.. Inilah serba sedikit info yg sy dpt dr majalah tersebut.. Ok jom smbg kt bwh!..

Terdapat beberapa perkara tentang lelaki yg kita perlu tau:
1) Lelaki boleh menyukai kamu dalam seminit dan dia juga boleh melupakanmu hanya dgn sekelip mata saje.
2) Lelaki lazimnya akan bercakap mengenai hal2 seperti bola sepak, kereta, atau gajet terkini.
3) Antara aset lelaki yg paling popular di kalangan gadis ialah dada, lengan, mata, rambut, dan wajahnya. wow!! haha
4) 41% lelaki mengakui cukup memberi fokus terhadap kebersihan asas, memastikan rambut terurus serta mengutamakan kebersihan kulit wajah..
5) Kajian kesihatan membuktikan bahawa kandungan lemak di bahagian perut merupakan faktor mengapa golongan lelaki khasnya mengalami masalah jantung yg kronik.

Selain dari itu, bagi lelaki yg inginkan bentuk perut seksi, setiap kali bgn tido, lakukan senaman sit up sebanyak 20 kali.. huhu..

Apabila kamu mendapati lelaki melemparkan senyuman dgn kerut2 di pinggir bahagian luar mata, lelaki tersebut bersungguh2 dan mmg berasa senang tanpe berpura2 dgn kamu. Senyuman lelaki juga menghasilkan 'endorphin' dlm otak yg mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Kajian menunjukkan individu yg ketawa 100 kali dlm tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovascular sama seperti bersenam 10 minit. Tapi kn kwn2, jgn la tetiba kita gelak sorg2 bagai nk rak.. rase2 ape org fikir? haaaa.. hehe..

Ok la, diharap info ni dpt memberi manfaat pd kita semua tak kira lelaki atau perempuan.. Adios!

P/S: Senyum... Tak perlu kata apa2.. hehe.. =)

Materialistik..

Assalamualaikum..

Materialistik.. Knp tajuk nih yg sy pilih? Adakah krna sy seorg materialistik? Pernah x kwn2 mengenali dgn org yg materialistik? Apa pula pandangan anda?


Ok, apa yg sy lihat, zaman skrg nih majoriti org mementingkn materialistik.. dh tntu la kn? huhu.. Pd pendapat sy sndri, materialistik membawa maksud gila material.. Mementingkn material utk kegunaan dri, x kira secara baik atau mengambil kesempatan terhadap org lain, dan materialistik nih terbahagi kpd 2 jenis.. 1st, materialistik yg sgt taksub dgn material di sekelilingnya, dan yg kduanya, materialistik kerana keperluan diri atas usahanya sendiri.

Kita acap kali dgr org berkata, " Aku x suka la pempuan tu, materialistik!". Tapi sebelum kita bercakap bgitu, dpt kah kita membezakn materialistik jnis apakah itu? Contohnya seorang pempuan rapat dgn seorang lelaki atas sbb lelaki tu ada kereta, ada byk duit.. Ini dikategorikn sebagai materialistik yg jht, yg mgmbil kesempatan pd kemewahan diri org lain.. Contoh yg lain pula, seorang insan nih inginkn kereta mewah, handphone canggih, brg2 kemas yg byk.. dan insan ini bekerja bertungkus lumus mencari duit utk memenuhi impian tersebut. Dia seorang materialistik krna inginkan semua itu, tetapi, dia berada di tmpt yg benar kerana semua itu adalah keperluan dan kehendak dirinya dan dia berusaha utk mendapatkannya..

Kita perlu berfikir secara dalam sebelum kita dgn selamba mengata seseorang itu adalah materialistik.. Bila fikir2, anda rase di kalangan mana materialistik anda? Untuk memahami apa itu materialistik, bayangkan anda sedang melihat sebuah mahligai yg tersergam indah, atau sebuah kereta yg cantik melintasi di hadapan anda. Jika 1 keinginan yg kuat timbul di dlm diri anda utk memilikinya, ia adalah 1 tanda jelas materialisma atau kebendaan adalah faktor utama yg mendorong kehidupan anda. Seorang yg benar2 bkn materislik tidak terpengaruh utk mengejar kemewahan, mereka lebih mementingkan utk memenuhi tujuan kenapa kita manusia dibangkitkn ke dunia.

Tapi seberapa ramaikah manusia seperti itu di atas muka bumi ini? Buka hati, buka minda.. Renung2kn dan selamat beramal.. hehe.. Utamakan keperluan, bkn kehendak..

"Teruskan Usaha, Tingkatkan Kejayaan." Blupp Blupp..

Monday 6 June 2011

Adapter Rosak!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya dpt gk aku on9 n membelai laptopku hari nih setelah 6 hari kesepian tanpanya.. hehe.. tapi knapa? laptop aku rosak ke? broadband x byr ke? haaa, meh terjah!! hehe

Sebenarnya adapter laptop aku tu saje nk bermnje dgn tuannya.. Rosak beb!! huh.. Aku nih punya la bagai nk cari adapter.. Cari kt mcm2 kdai.. Ada yg ckp, "oh ini dell x de ciplak punya adapter oo, ada ori je.. u kalau nk order dlm 3 hari la.. harga dlm RM180-RM200..". Terkaku aku! Dalam kepala cuma fikir, kalau mcm tuh bila la aku dpt on laptop nih.. huhu..

Tidak berputus asa, aku ni punya la round 1 Melaka sampai PC Fair pun aku terjah.. Mmg byk yg jual adapter, tp x de 1 pun yg secocok dgn laptop aku.. Sabotaj larh!! huh.

Then hari nih aku mencuba nasib la ke 1 kedai di Bukit Beruang.. Tutup pulak! aiseh! Terdetik hati nk ke kedai di sebelahnya.. Dgn xde pape perasaan aku pn bertanya la mengenai adapter.. Inilah destinasi terakhirku!! "Adapter mau jenis ape eh? Ada2.. RM75.. Mau? U ada bwk laptop?".. wahhh girang hatiku!! haha.. Lalu bila dh test punya test, mmg secocok la!! Even x dpt yg ori, aku dpt la yg universalnya dgn harga RM85.. Mcm mane tu universal?? Ape beza universal dgn ori? ok, sedikit sebanyak info yg dpt aku beri.. Jom baca!

Adapter universal tu mksdnye 1 adapter tetapi mempunyai byk jenis mata.. kalau nk pakai adapter tu utk laptop lain, just tukar je mata dia.. mcm tu la lebih kurang.. Selain dari itu, JANGAN BIARKAN ADAPTER BERADA DI ATAS TILAM KETIKA DIGUNAKAN KERANA HABA YG ADA X DPT NK BEBAS DAN BOLE MENGAKIBATKN JANGKA HAYAT ADAPTER SEMAKIN KURANG.. Kalau rase2 adapter dh pns, TEGAKKAN KEDUDUKAN ADAPTER, atleast xdela pns tu x bebas kn.. Last sekali, JGN ON LAPTOP SAMPAI LAMA SGT.. JGN BIAR ADAPTER TERLALU PANAS..  Itulah sedikit sebanyak perkongsian utk korg semua.. Jaga la laptop kita baik2, sbb bknnya murah nk beli!! Gaji part time sebulan pun x cukup nk bli.. huhu..


Bubye!! Adios dude! =)

Tuesday 31 May 2011

Antara Aku, Kau, dan Layang2..

Salam.. Lama sudah meninggalkan blog nih tanpa update.. Hari ni rase rajin la sikit.. hehe..
Ok, ape kaitannya aku dan kau? Dan layang2 plak tuh.. ape bende la aku nih kn.. Jom terjah!!

Tadi ptg aku n mama berjln2 di Pantai Klebang Melaka.. Ape yg menarik perhatian aku ialah layang-layang.. Aku teringat time kt dungun dulu, aku nk sgt main layang2 kt pantai dungun dpn UiTM tuh.. Tapi sampailah aku tamat blaja kt sane pn, 1 pluang pn aku xdpt utk main layang2 kat situ.. agak terkilan sampai rase nk je naik sane semata2 demi layang2.. mengarut kn??? emm

Aku x jumpe pn org jual layang2 kt dungun, sampai la 1 hari aku bersama dua org rakan jumpe org jual layang2, finally,, tapi syg, time tu kt pantai batu burok.. Aku x bli pun, sbb dh tiba masa utk pulg ke Melaka..

Tadi niat aku nk sgt bli layang2 tuh, even x dpt main pn, atleast aku nk smpn, nk tag gmbr layang2 tuh kt kwn2.. Tapi hajat x kesampaian, mama x bg beli.. Bkn sbb ape, mama fikirkn kt mane aku nk main klu aku bli kn, kawasan umah aku nih, kwsan taman, xde space nk main sume tuh.. Lalu aku ikutkan aje dgn rase hati yg kesal. X pela, aku berharap 1 hari nnti aku dpt gak main layang2, kt dpn pantai UiTM Dungun.. InsyaAllah..

Finally, bila aku tgk layang2, aku akan teringat pada dua org insan iaitu Faisal dan Zue.. Mereka la yg bersama aku utk mencari layang2 masa di Dungun.. Sedih bila igtkn masa yg dh pun berlalu.. Semoga kita semua berjaya di dunia n akhirat,, InsyaAllah..

Monday 16 May 2011

Hukum memakai gelang kaki..

Salam kwn2.. Tadi petang aku sempat luangkan masa berjalan2 n bershopping2 ke pasar malam dgn mama, dan  dua org ibu saudaraku.. Aku nih teringin la nk mkn yong tau fu, tp x memenuhi selera aku la plak.. Xpe pun, aku mkn la jgk.. Sbb aku ni bkn la cerewet sgt soal mkn.. Yeke ni.. Hehe.. Sebenarnya tujuan aku bkn la nk ckp psl yong tau fu yg aku mkn atau psl pasar mlm yg aku pegi.. kah3.. Tapi ape yg menarik perhatian aku ialah gelang kaki.. Bkn aku nk bli gelang kaki, tp jom kita baca ape al kisahnya.. Terjah!! hahaha
Begini ceritanya.. ace tepuk tgn dulu.. kih3..
Ok la, td time kt pasar mlm, ada la seorg makcik berbangsa India menjual byk gelang2 n rantai2.. Aku nih bkn suka sgt accesories mcm tuh.. Kecuali la FREE, mesti aku terus suka.. haha.. Lalu, aku pun hanya melintasi tempat tuh.. Tapi dlm masa yg sama, aku curik2 pandang la jgk ke arah makcik tuh.. Ape yg aku lihat, ada seorang perempuan bersama suaminya yg berbangsa Melayu dan juga seorang Islam (maybe) sedang memilih2 gelang kaki yg sesuai.. Di sini sy nk bincangkan apakah hukumnya memakai gelang kaki menurut Islam?
Menurut pengetahuan sy, kita tidak dibenarkan memakai gelang kaki terutamanya gelang yg berloceng kerana ia menunjukkan ciri2 wanita di zaman Jahiliah..
Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (singkatan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu membuatkan tiada malaikat rahmat yg mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang membawa maksud:
"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng". 
Ambil la kata2 ini sebagai pedoman dlm hidup kita semua " ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN". Terimalah sedikit kesusahan dunia yg sementara, dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan akhirat yg berkekalan..
Oleh itu, nasihati lah keluarga dan saudara mara perempuan kita, kwn2 perempuan kita, dan sesiapa sahaja agar tidak memakai gelang kaki terutamanya yg berloceng, supaya kita semua mendapat keredhaan dr Allah SWT.. InsyaAllah.. Jgn lupa kwn2, Teruskan Usaha, Tingkatkan Kejayaan.. Blupp Blupp..

Ibarat Lilin Membakar Diri

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".. Inilah tema sambutan Hari Guru pd thn ini.. Ape tuh transformasi? Bila aku dgr je ayat tuh aku trus fikir cite transformer.. haha.. Tapi bila ikut logik akal., transformasi bg aku tuh mcm transform la.. haha.. mengubah, mcm tuh laa.. Mengikut Kamus dewan edisi ke-3 m/s 1469 (amboi, complete.. kih3) transformasi membawa mksd perubahan bentuk.. Guru2 la yg menjana sesuatu perubahan di dlm pendidikan negara kita selaras dgn tema hari guru pd thn ini.. wah, dh mcm tulis artikal dh rase.. hehe.. 
Setiap 16 Mei, kita mesti sambut hari guru, teringat zaman sekolah dulu.. excited gila g bli brg nk bg cikgu.. tp kdg2 tuh pening gk nk bg ape kt cikgu.. guru kelas selalu aku bg lebih special dr yg lain.. Biasa la tuh kn.. hehe.. Tapi, asal hari guru je, duit mama la yg jd mangsa utk bli brg2 utk cikgu.. Sian mama.. Mama jgk la yg kne balut hadiah2 tu.. Penyabar nye mama melayan karenah kami adik beradik.. Nih nk ckp psl hari guru ke, hari ibu? haha.. dh laari topic plak! hee.. 
Korang igt x klu time hari guru, mesti tak belajar kn? mesti balik awal kn? ei suka3.. haha.. Rindu plak rase zaman2 skolah dulu.. Teringat waktu sekolah rendah, cikgu Matematik aku selalu cubit, sampai lebam2.. Bkn sbb aku nakal atau mls belajar tau, tp sbb aku selalu masuk lewat kelas dia.. hahah.. ada sebab tau.. Time tu aku  pustakawan, lps rehat slalu TERmasuk kelas lewat sikit. Tau2 jela pustakawan mcm mane kn.. Kebetulan plak. asal lps rehat je mesti subjek Matematik.. Saje nk cari pasal la tuh.. hehe.. 
Eish byknye cite psl kenangan2 lama.. Tapi disebabkan oleh guru2 ini lah alhamdulillah aku berjaya melangkah ke Universiti. Terima Kasih Cikgu..
Bila masuk ke alam U, kita dh x panggil cikgu, kita panggil lecturer. Tapi kita kena ingat, lecturer itu adalah juga seorang guru.. Orang yg mengajar kita kebaikan itu adalah guru. Tanpa guru, mungkin kita tidak berada di tahap ini. Wujudnya Perdana Menteri pada hari ini juga disebabkan oleh guru.. Hormati lah guru seperti mana kita hormati ibu bapa kita. Di sekolah, dialah guru, dialah ibu, dan dia jugalah bapa. Kalau korg fikirkn semula, masa2 kita dlm hidup nih lebih byk bersama guru berbanding dgn masa2 kita bersama keluarga. Oleh itu, hargai la jasa guru, walau setinggi mana pun kita berada.. Aku mendoakan semoga guru2 yg telah berjasa dlm kamus hidup aku ni sentiasa dilimpahi rahmat dr Yang Maha Esa. InsyaAllah.. Akhir sekali, Selamat Hari Guru kepada semua guru2 Malaysia..  =)

Sunday 15 May 2011

Today is Sunday

Salam semuanya =).. Today is Sunday.. hehe..
Hari ini aku berkesempatan menghadiri majlis pertunangan abg sedaraku, di Melaka je pun.. huhu
Hanya aku dan mama yg pergi memandangkan kakak n abg sumenya bekerja. Apa yg dpt aku lihat, sesuatu majlis tu kalau x de org tua, mmg hambar je jadinya walaupun meriah dgn gelak ketawa saudara mara yg lain.. Org tua yg aku mksdkn ialah ibu bapa la kn.. Tapi alhamdulillah majlis berjalan lancar, buat kecil2 je sbb umah lelaki kan.. sekadar doa selamat gituh, then trus ke umah pihak perempuan.
Lepas dari tuh, aku n mama pergi la ke kedai brg2 elektrik utk mengusha2 washer machine.. usha je dlu, jgn kebas trus.. hehe.. bkn ape, washer machine kt umah aku nih dh hang dh, 10 thn guna kot.. berbaloi2.. hehe..
Dlm mama sibuk dok usha2 washer machine, aku nih sibuk usha benda lain.. haaaa, usha ape plak la aku nih.. lain yg disuruh, lain yg dibuat.. alaa, bkn selalu.. saje cuci mata.. hik3.. hahaha.. eh2, jgn fikir bkn2! hehe.. aku usha dslr td.. pergh mmg best.. ada niat dlm hati nk bli dslr, tp tgk budget laa.. harga yg paling murah yg aku jumpa td, RM2199.. huh? emm.. berfikir sejenak.. duit sebanyak RM2199 buleh aku gunakan utk membeli benda2 yg lebih penting.. kn? ingat Wany, utamakn keperluan dari kehendak.. huhu..
Ok la, disebabkan dslr tu mahal sgt bg aku, aku pun saje suka2 usha digital camera waterproof.. Sejak2 dh blaja scuba ni, amboi3.. hehe.. RM799.. em? not bad.. hehe.. Aku terfikir, (aduh, berfikir lg.. haha) kalau la Allah bg aku kesempatan utk aku berscuba diving lagi, sgt2 pntg utk aku ada camera tuh.. tp fikir lg, byk lg masa buleh beli bende tuh.. sbb bykk lg bnde nk perlu dibeli dgn duit yg ada.. aish, conclusionnya aku x bli ape2 pun tadi.. haha.. kan senang aku ckp dr awal, x yah ssh2 org nk bc pnjg2.. hahaha.. buleh smbg lg? jom!
Td ptg di saat aku sedang beristirehat, 1 sms masuk, dan kate2 tuh sgt menyentap hati aku nih.. ape dia?? huh, mengenai cinta seorg rakan..
Kalau la kwnku nih baca apa yg aku tulis, aku nk sgt ckp kt dia,,
"Kawan, jgn la kau jatuh tersungkur hanya kerana cinta di zaman muda, cinta yg kita tidak tau penghujungnya.. kau penah lihat aku terjatuh dulu hanya kerana cinta yg sia2, tp kini aku lebih kuat mengharungi setiap langkahku. Kawan, kalau kau ditakdirkn jatuh cinta, jgn la kau terlalu menyayangi dan mengharap krn kelak kau akan terseksa, kecuali dia adalah suami/ isterimu. Kalau kau mendapat berita dia tidak lg mencintaimu, tidak mengapa. Mengadu dan mohon la kepadaNYA, InsyaAllah ketenangan itu milik kamu yg abadi. Jangan titiskan air mata kau lagi, fikirkn masa dpn mu wahai kawanku.."                                       .

Itu jelah utk hari ini.. Dan setiap hari aku berfikir, nk kerja ke x before dapat tawaran degree? kalau nk, kat mane plak kn? kalau x nk, ape aku nk buat kt umah nih? menambah brt bdn? ace citer.. haha.. Uish dh pnjg dh aku taip nih.. ok2 la tuh.. Nanti smbg lagi.. igt, "Teruskan usaha, Tingkatkan kejayaan".. InsyaAllah.. daa~

Saturday 14 May 2011

Missin' something precious..

Hi fren.. mlm2 cenggini ttibe rase nk lyn perasaan plak.. dh lama menyepi from talking about LOVE.. hehe.. Anybody know what is love? U will know it if u feel it.. Easy rite? hehe.. ok lets talk straight to the point.. emh, tp kenapa aku nih nk bercakap tentang cinta plak ni? aku dh jumpe seseorang yg berirama di dlm hati ke? haha..  Jawapannya kita akan terjah!! hehe.. Cinta nih seronok kalau kita tau mcm mane nk bercinta.. Bagi aku kn, cinta ni indah tapi juga menyakitkan.. hari ni ckp lain, esok lusa ckp lain dah.. kita bako kn aje org2 cenggini.. (sesuka hati je nk bako org) hehe..
I've found someone.. sape la tuh??? haha.. mestila seorang lelaki kan.. hehe.. U, u r my strength, my fren, and my blood.. but, don't ever forget Allah SWT in everything we do =).. Cinta itu subjektif.. Cinta pd Allah, ibu bapa, keluarga, kawan2, dan org disekeliling kita.. tapi apa yg kita lihat pada zaman skrg ini? Cinta kpd bf more than everything.. Sy cuma nk berpendapat dan mungkin menasihati sedikit sebanyak pengalaman dan apa yg sy tau.. kerana semua orang itu ada baik dan buruknya, same goes wit me.. kalau ditakdirkn sy bercinta sebelum kahwin, ape yg akan berlaku pd waktu itu? sy teringat bait2 kate seorg rakan sy "Wany, aku skrg berbelah bagi antara perasaan dan agama. Aku tau couple tu haram, tapi hati aku...". ok, kalau kalian berada di tempat dia, ape yg akan korg lakukan? teruskan ikut kata hati, atau memikirkn agama? perkara dilema sebegini mmg akan berlaku kpd kita, nama pn life kn.. sampai tuh kita rase mcm aduh stressnya!! pdhal soal cinta je pun.. hehe.. actually dh x tau nk ckp ape soal cinta nih.. dh lm x bercinta la kn.. haha.. free2, jom bc link yg disediakan nih.. http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/835-mengapa-wanita-memerlukan-lelaki.html sy mntk maaf la klu ada kate2 sy yg tidak menyenangkan mane2 pihak.. yg baik itu dtg dr Allah, dan yg buruk itu adalah ksilapan sy sndri.. akhir kate, truskan usaha, tingkatkn kejayaan..~

Friday 13 May 2011

APE KES NII??

Semakin hari apa yang dapat kita lihat ialah pelbagai kes yang berlaku dari sehari ke sehari.. Contohnya kes rogol, bunuh, dan juga pembuangan bayi.. Itu ape yang kita biasa lihat dan dgr.. Adanya kes terbaru yang sedang hangat di akhbar, internet, televisyen, dan radio yang mengancam kita terutama kaum hawa yang bertudung.. SIMBAHAN ASID???? Mengapa semua ini berlaku? Siapa yg tegar melakukan semua ini? Mengapa kaum hawa yg bertudung di jadikan sasaran?? ace citer sikit.. Jadi Mak Joyah kejap.. Jom terjah!! hehe.. maklumat yang saya dpt dari sumber2 tertentu (mcm reporter! haha) mendapati kes simbahan asid ini dilakukan oleh 2 orang lelaki berbangsa india yang menaiki motosikal. Mereka lebih kerap memilih wanita bertudung sebagai mangsa mereka. Pandangan saya sendiri kenapa wanita bertudung yang dijadikan sasaran kerana apabila simbahan dilakukan, orang awam tidak akan dapat menghidu perbuatan mereka dengan pantas akibat daripada tudung yang telah menutupi sebahagian wajah wanita tersebut. Orang awam mungkin sekali menyedari hal itu setelah mereka berjaya melarikan diri. Setakat ini terdapat 23 orang gadis yang telah menjadi mangsa dan kawasan yang menjadi perhatian ialah sekitar Brickfields, Bukit Bintang, Jalan Pudu, Bangsar, dan Setiawangsa. So, kepada rakan2 yang berada di sekitar kawasan tersebut dan peringatan kepada rakan2 di tempat lain juga perlulah lebih berhati2, elakkan diri dari berjalan berdekatan jalanraya. Sebagai langkah persediaan, bawalah air botol ke mana sahaja kerana anda boleh membasuh muka 'on time' sekiranya perkara sebegini berlaku. Nasihat utk kawan2 dan diri saya juga, dimana saja anda berada, mulakan langkah dengan nama Allah, semoga kita semua terselamat dari perkara2 yang tidak diingini, InsyaAllah.. Akhir kata, mencegah itu lebih baik dari merawat.. Senyum sokmo!! =)

Tuesday 10 May 2011

Happy Mother's Day!!




HAPPY MOTHER'S DAY!! baru2 ni kita baru je sambut hari ibu.. ape yg kita fhm mengenai hari ibu?? mengikut tarikh, kita hanya sambut hari ibu setahun sekali jeww.. tp adakah wajar kita menyambutnya hanya sekali dlm setahun? sebagai seorg anak, manfaat kan lah setiap hari itu sebagai hari ibu kerana esok lusa kita sendiri tidak akan dapat menjangka apa yang akan berlaku.. Di sini, ape yg sy nk kongsikn dgn kwn2 ialah sambutan kluarga sy utk mama kami yg tercinta.. kami sambut sehari awal dr tarikh sbnr.. over gila excited nye psl.. hehe.. abg sy nih mmg sk la wat surprise kononnye.. dia g shopping ngn wife dia, dan2 je balik bwk kek.. pergh trkejut mmg ye pn.. igtkn dia nk bg kt sy, tp rupenya utk mama kami.. aduh prasan btol sy time tuh.. (^0^) hehe.. kbetulan time tu lunch time.. alang2 tuh, sambut la skali bersama lilin yg diberi percuma.. pakej la katekn,, lps mkn2 tghari tuh, kami sekeluarga dok over brgambar2 n mkn kek.. tp sory la, gmbr kluarga x dpt dipapaparkn krn under P&C.. mcm akta syarikat plak ase,.. aduh aku ni,. hehe.. kami sbnrnye trpakse smbut awal sbb abg n wife dia trpakse pulg ke kL ptg itu jg krn mnunaikn tggugjwb masing2., inilah sdikit sbyk prkongsian mgenai sambutan hari ibu kluarga ku.. walau x la meriah yg amat, yg pntg cara kita menghargai ibu or mak or mummy or mama kita.. hehe,, MAMA, SELAMAT HARI MAMA.. I LOVE U SOOO MUCH!! HUG N KISS 4 U MOM! MUAH2.. =)