Friday 13 May 2011

APE KES NII??

Semakin hari apa yang dapat kita lihat ialah pelbagai kes yang berlaku dari sehari ke sehari.. Contohnya kes rogol, bunuh, dan juga pembuangan bayi.. Itu ape yang kita biasa lihat dan dgr.. Adanya kes terbaru yang sedang hangat di akhbar, internet, televisyen, dan radio yang mengancam kita terutama kaum hawa yang bertudung.. SIMBAHAN ASID???? Mengapa semua ini berlaku? Siapa yg tegar melakukan semua ini? Mengapa kaum hawa yg bertudung di jadikan sasaran?? ace citer sikit.. Jadi Mak Joyah kejap.. Jom terjah!! hehe.. maklumat yang saya dpt dari sumber2 tertentu (mcm reporter! haha) mendapati kes simbahan asid ini dilakukan oleh 2 orang lelaki berbangsa india yang menaiki motosikal. Mereka lebih kerap memilih wanita bertudung sebagai mangsa mereka. Pandangan saya sendiri kenapa wanita bertudung yang dijadikan sasaran kerana apabila simbahan dilakukan, orang awam tidak akan dapat menghidu perbuatan mereka dengan pantas akibat daripada tudung yang telah menutupi sebahagian wajah wanita tersebut. Orang awam mungkin sekali menyedari hal itu setelah mereka berjaya melarikan diri. Setakat ini terdapat 23 orang gadis yang telah menjadi mangsa dan kawasan yang menjadi perhatian ialah sekitar Brickfields, Bukit Bintang, Jalan Pudu, Bangsar, dan Setiawangsa. So, kepada rakan2 yang berada di sekitar kawasan tersebut dan peringatan kepada rakan2 di tempat lain juga perlulah lebih berhati2, elakkan diri dari berjalan berdekatan jalanraya. Sebagai langkah persediaan, bawalah air botol ke mana sahaja kerana anda boleh membasuh muka 'on time' sekiranya perkara sebegini berlaku. Nasihat utk kawan2 dan diri saya juga, dimana saja anda berada, mulakan langkah dengan nama Allah, semoga kita semua terselamat dari perkara2 yang tidak diingini, InsyaAllah.. Akhir kata, mencegah itu lebih baik dari merawat.. Senyum sokmo!! =)

2 comments:

  1. ouhh..cam reporter dah kwn aq nih..hehehegood2, as additional information 4 us as women...

    ReplyDelete